Thursday, November 11, 2010

Sepanjang Jalan Kenangan

Malam itu kami berempat ke rumah Rosman." Apa benar kamu semua mahu belajar silat ini" tanya Rosman. " Ye benar" kata kami. Itulah kata budak budak yang fikir panjang sebenarnya.... " Kamu tidak menyesal " tanya Rosman lagi. " Tidak " kata kami, sedang dalam fikiranku bertanya kenapa agaknya.....

Esok malamnya aku , Jadi , Gedong dan Sikdin ke gelanggang silat kami di dalam kawasan gelap pokok getah di tepi hutan. Kami bawa buah limau nipis 7 biji seorang. Berpandukan lampu pelita minyak tanah yang meliuk liuk , kami melihat Rosman memotong satu persatu dan sekali sekali kami dengar dia bercakap seorang seolah olah ada teman di tepinya. Puas memandang tetapi tidak kelihatan sesiapapun. Kami diarah mengambil air dari tali air berdekatan. Seorang demi seorang dari kami meredah malam nan gelap ke tali air itu membawa mangkok putih. Ada yang pulang membawa air yang bersih dan ada pula membawa air bersampur pasir justeru kerana ketakutan. Sesudah limau dipotong, kami dimandikan seorang demi seorang. sesudah itu Rosman menyuruh kami menumbuk dadanya seoarang demi seorang. Untuk mengenal bisa tangan katanya.

Malam itu kami bermula belajar langkah. Rosman asyik bercakap cakap lagi denagn makhluk yang tidak kelihatan. Sekejap bercakap dengan Panglima Bugis sekejap dengan Siti sekejap dengan Puteri Gunung Ledang, sekejap dengan Si Bongkok sekejap dengan Si Tanjul.... " Kamu semua di jagai oleh Si Tanjul " kata Rosman. "Siapa dia tu " tanya kami. " Makhluk yang berbau busuk badannya seperti mayat yang dikafan" jawab Rosman lagi. Aku mendengar pula merasa seram sejuk.

Sepanjang 44 hari kami bersilat di gelanggang. Daripada 4 buah pelita, berkurangan sehingga ke satu pelita. Pada masa itulah penumbuk dan penendang datang dengan tidak disangka. Kalau sempat ,kami elak kalau tak sempat memanglah naya... Tapi kami memang tak rasa sakit dan semakin seronok disana. Setiap malam " siti" masuk ke badan Rosman, setiap kali itulah kami bersembang dari satu cerita ke cerita. Rupanya dibumi tuhan ini ada lagi mahluk yang tidak kelihatan oleh mata, mempunya adat resam dan ugama.

Tahun demi tahun berlalu, kudengar Rosman sakit. Lukimia kata orang... Penyakit yang tidak termasuk oleh akal aku tapi akhirnya aku mengerti bahawa penyakit itu adalah kekurangan darah merah.. Kemanalah pergi darah itu...." Biasalah kalau makhluk menumpang, darah kita disedutnya" kata orang..

Berita terakhir kudengar bahawa Rosman telah meninggal. Meninggalkan anak isterinya dan juga kami anak anak muridnya.... Siti itu pula entah pergi kemana...............

2 comments:

  1. Aslmkm.
    Berkunjung balas ni! :)
    Kira2 nostalgia tahun berapa ya?
    My observation - ada kesamaan cerita guru-guru silat ni ... ramai meninggal dalam kedhaifan/kesakitan. Tak tahulah apa pengajarannya.

    ReplyDelete
  2. 30 tahun yang lalu... cerita ini dari abang saya

    ReplyDelete