Saturday, November 13, 2010

Suatu Hari Di Kampung Kami

Malam itu kami berjalan jalan bertandang ke rumah kawan diatas bukit ditengah tengah kampung. Bersembang dengan rancaknya sehingga tidak sedar jam menunjukan 12 malam... Kami bermain main lagi sehingga jam 1 pagi dan waktu rasa mengantuk telah menjelma.. Aku mengajak jali pulang dan kami semua berempat ini pun mengangkat punggung keluar dari rumah itu.

Sebaik sahaja daun pintu ditutup kami berjalan menuruni bukit itu. Anih sekali, tak nampak jalan pun, gelap pekat dan hitam. Tidak kelihatan pokok ataupun longkang, pandang ke belakang gelap dan kehadapan juga gelap, tidak juga sinar sebarang cahaya. Aku bertanya kepada kawan kawan , mereka juga rasa begitu. Akhirnya kami berjalan berpegang tangan. hulurkan kaki sesedap rasa, asal sahaja meneruni bukit. Bermacam macam ayat serapah jampi telah dibaca... Begitu juga gayanya... gelap di malam pekat itu...

Akhirnya juga sampailah kami ke bawah,walaupun ada yang tergelincir melanggar batu batu... Sehingga ke hari ini aku tidak ada jawapan , kenapa perkara itu terjadi... Yang pastinya diwaktu siang bukit itu tidak kelihatan tinggi dan jalan jalan untuk meneruni bukit itu sangatlah lapang


No comments:

Post a Comment