Saturday, August 14, 2010

MASJID OH MASJID


Masjid tempat persinggahan kami tiap kali hari Jumaat. Setiap kali itulah kami melihat masjid itu berubah rupa . Kenapa ya ? Tak cantik ke masjid dulu atau duit masjid dah banyak sangat sampai tak tahu nak buang kemana. Hari itu aku nak tumpang toilet masjid. Masyaallah... pintunya tak de ? Macam manalah orang perempuan nak membuang, orang lelaki tak apalah, dimana mana saje pun boleh. Kalau nak buat renovation pun , tinggallah satu dua bilik air untuk digunakan. Jadi tak perlulah nak menumpang di station minyak atau mana mana jamban terbiar. Begitulah manusia, dalam keghairahan mencantikan masjid tapi lupa kebajikan orang. Kalaulah ada jemaah tengah solat dengan tiba tiba sakit perut, cam manalah gamaknya. Boleh tumpang kat rumah pak imam ke ?

No comments:

Post a Comment