Friday, November 26, 2010

Saat Penantian

Salam, dunia semakin berputar.... lajunya masa berlalu dan entah bila berakhirnya... 23hb Oktober kami dikejutkan dengan cerita VSS... Binatang apa tu ? Itulah skim nak bagi semua pekerja berambus dengan segera dan kita tak tahu itu adalah idea penyangak dimusim ekonomi sedang meredum. Suka dan tak suka semua orang terpaksa terima hakikat sambil menanti habuan masing masing. Mungkin ada yang akan dapat beribu ribu ringgit dan mungkin hanya sedikit akan tetapi kebanggaan dan keselesaan selama ini akan berakhir juga.

Biar apapun , tahun depan semua orang kena cari kerja baru dan duit yang bakal dapat itu juga akan surut sedikit demi sedikit dan hilang dari pandangan mata. Jimat jimatpun tentu habis juga.... Bagi kita yang punya impian pastinya sedang berangan angan apa yang patut beli, tukar kereta, tukar suami, tukar pakaian, perabut rumah....pergi melancung dan melencung.

Jelasnya F&B tempat aku bekerja akan ditutup semua dan barang barang yang tinggal tentu kena jual kena lelong atau ada staff pakat kikis satu satu bawak balik buat kenangan atau nak jadi kayoooooo.

Bagi yang nak dekat dekat pencen tu nasib dia oranglah, entah kemana membawa diri didlaam hotel yang penuh tipu daya itu. Semuga tuhan memberi keampunan kepada korang diatas putar belit kerja korang selama ini. Yang pastinya ditempat baru nanti korang tak boleh nak mc, mc macam company bapak korang. Untuk sebulan dua ini sebelum ttup kedai, korang bantailah mc semahu mahunya dan ambiklah cuti sesuka sukanya... 

Akhir sekali aku nak mengucapkan selamat menyambut tahun baru.................tahun 2011, tahun mengundi kut...dan janganlah buat kerja putar alam lagi.................oh limpong..........

Saturday, November 13, 2010

Suatu Hari Di Kampung Kami

Malam itu kami berjalan jalan bertandang ke rumah kawan diatas bukit ditengah tengah kampung. Bersembang dengan rancaknya sehingga tidak sedar jam menunjukan 12 malam... Kami bermain main lagi sehingga jam 1 pagi dan waktu rasa mengantuk telah menjelma.. Aku mengajak jali pulang dan kami semua berempat ini pun mengangkat punggung keluar dari rumah itu.

Sebaik sahaja daun pintu ditutup kami berjalan menuruni bukit itu. Anih sekali, tak nampak jalan pun, gelap pekat dan hitam. Tidak kelihatan pokok ataupun longkang, pandang ke belakang gelap dan kehadapan juga gelap, tidak juga sinar sebarang cahaya. Aku bertanya kepada kawan kawan , mereka juga rasa begitu. Akhirnya kami berjalan berpegang tangan. hulurkan kaki sesedap rasa, asal sahaja meneruni bukit. Bermacam macam ayat serapah jampi telah dibaca... Begitu juga gayanya... gelap di malam pekat itu...

Akhirnya juga sampailah kami ke bawah,walaupun ada yang tergelincir melanggar batu batu... Sehingga ke hari ini aku tidak ada jawapan , kenapa perkara itu terjadi... Yang pastinya diwaktu siang bukit itu tidak kelihatan tinggi dan jalan jalan untuk meneruni bukit itu sangatlah lapang


Thursday, November 11, 2010

Sepanjang Jalan Kenangan

Malam itu kami berempat ke rumah Rosman." Apa benar kamu semua mahu belajar silat ini" tanya Rosman. " Ye benar" kata kami. Itulah kata budak budak yang fikir panjang sebenarnya.... " Kamu tidak menyesal " tanya Rosman lagi. " Tidak " kata kami, sedang dalam fikiranku bertanya kenapa agaknya.....

Esok malamnya aku , Jadi , Gedong dan Sikdin ke gelanggang silat kami di dalam kawasan gelap pokok getah di tepi hutan. Kami bawa buah limau nipis 7 biji seorang. Berpandukan lampu pelita minyak tanah yang meliuk liuk , kami melihat Rosman memotong satu persatu dan sekali sekali kami dengar dia bercakap seorang seolah olah ada teman di tepinya. Puas memandang tetapi tidak kelihatan sesiapapun. Kami diarah mengambil air dari tali air berdekatan. Seorang demi seorang dari kami meredah malam nan gelap ke tali air itu membawa mangkok putih. Ada yang pulang membawa air yang bersih dan ada pula membawa air bersampur pasir justeru kerana ketakutan. Sesudah limau dipotong, kami dimandikan seorang demi seorang. sesudah itu Rosman menyuruh kami menumbuk dadanya seoarang demi seorang. Untuk mengenal bisa tangan katanya.

Malam itu kami bermula belajar langkah. Rosman asyik bercakap cakap lagi denagn makhluk yang tidak kelihatan. Sekejap bercakap dengan Panglima Bugis sekejap dengan Siti sekejap dengan Puteri Gunung Ledang, sekejap dengan Si Bongkok sekejap dengan Si Tanjul.... " Kamu semua di jagai oleh Si Tanjul " kata Rosman. "Siapa dia tu " tanya kami. " Makhluk yang berbau busuk badannya seperti mayat yang dikafan" jawab Rosman lagi. Aku mendengar pula merasa seram sejuk.

Sepanjang 44 hari kami bersilat di gelanggang. Daripada 4 buah pelita, berkurangan sehingga ke satu pelita. Pada masa itulah penumbuk dan penendang datang dengan tidak disangka. Kalau sempat ,kami elak kalau tak sempat memanglah naya... Tapi kami memang tak rasa sakit dan semakin seronok disana. Setiap malam " siti" masuk ke badan Rosman, setiap kali itulah kami bersembang dari satu cerita ke cerita. Rupanya dibumi tuhan ini ada lagi mahluk yang tidak kelihatan oleh mata, mempunya adat resam dan ugama.

Tahun demi tahun berlalu, kudengar Rosman sakit. Lukimia kata orang... Penyakit yang tidak termasuk oleh akal aku tapi akhirnya aku mengerti bahawa penyakit itu adalah kekurangan darah merah.. Kemanalah pergi darah itu...." Biasalah kalau makhluk menumpang, darah kita disedutnya" kata orang..

Berita terakhir kudengar bahawa Rosman telah meninggal. Meninggalkan anak isterinya dan juga kami anak anak muridnya.... Siti itu pula entah pergi kemana...............